Tips untuk menuntut Rebet Subsidi Petrol

To all 42nd...Just for info....,

Sebagaimana yang telah sedia maklum, dan dijangkakan Sabtu (14/06/08) ramai yang telah mula membuat lawatan ke pejabat pos berdekatan untuk membuat tuntutan Subsidi Petrol.

Walaupun subsidi untuk kereta sehingga 2000cc RM625 setahun (iaitu RM52 sebulan) itu bagi sesetengah orang sebagai KECIL jumlahnya, namun bagi sebilangan besar orang kita, ianya perlu direbut. Kalau tidak, masakan stesen minyak begitu menjadi kegilaan selepas Pak Lah membuat pengumuan keramat tempoh hari. Jika itu menjadi ukuran, rasanya tidak jauh bezanya dengan serbuan orang ramai hari Sabtu ini ke pejabat pos. Anda mungkin masih ingat bagaimana rasanya menunggu sehingga 1 jam hanya untuk mengisi minyak dalam tangki kereta anda.

Sanggupkah anda mengulanginya sekali lagi kali ini???

Oleh yang demikian, bagi mengurangkan tekanan perasaan anda di Pejabat Pos, sedikit tips untuk anda yang bercadang untuk membuat tututan pada Sabtu ini:

1) Periksa cukai jalan anda. Untuk tuntuan bermula pada 14 Jun ini HANYA untuk mereka yang telah mempunyai/memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan berkuatkuasa pada 1 April 2008-31 Mei 2008 sahaja. Sekiranya Lesen Kenderaan Motor (atau cukai jalan ) anda diperbaharui dan berkuatkuasa sebelum 1 APRIL 2008 ATAU selepas 31 Mei 2008, jangan buang masa anda untuk beratur panjang membuat tuntutan sebab petugas kaunter akan kata kepada anda “MAAF NAMA ENCIK TAK ADA DALAM DATABASE”. Pemilik kenderaan dengan cukai jalan berkuatkuasa selain daripada tarikh 1 April 2008-31 Mei 2008 diatas boleh membuat tuntutan bermula 1 JULAI 2008.

2) Bawa Original MyKad / Kad Polis / Kad Tentera anda. Ingat ya bahawa photostat IC dan juga kad pengenalan sementera akan membuatkan anda hanya menerima maklumbalas berikut : “maaf encik, kami tidak dapat memproses tuntutan encik”.

3) Isi Borang cepat/awal dan LENGKAP.
Dijangkakan orang ramai akan berebut mengisi borang. bagi mengelakkan kehabisan borang, maka anda bolehlah ke Pejabat Pos sekarang dan ambil borang M.O 6 terlebih dahulu. Isi dengan LENGKAP sebelum anda ke pejabat pos. Anda boleh juga muat turun borang tersebut disini dan isi macam ini (contoh akan diupdate nanti). Borang ini hanya valid sehingga 30 Jun 2008 dan borang khas untuk tujuan claim subsidi ini akan digunakan bermula 1 Julai 2008.

4) Ambil nombor/beratur dengan penuh tertib. Tunggu giliran anda penuh sabar. Ini mungkin satu aktiviti yang membosankan bagi kebanyakkan orang. Tetapi bagi anda yang kreatif, anda boleh guna masa menunggu ini untuk selesaikan banyak perkara. Anda boleh hafalkan doa-doa harian, berzikir, bermuhasabah diri, mengait baju, baca novel, baca buku yang selama ini anda tak sempat nak baca, bawa suratkhabar dan buat analisis, update blog (bawalah notebook), buat perancangan harian, baca segala poster dan iklan di pejabat pos, mengeratkan hubungan kekeluargaan degan telefon keluarga dikampung, bawa buku nota anda tulis novel, bawa iPod anda dan hafalkan lirik lagu-lagu dari kategori balada, dangdut, nasyid, rock dan etc (ini untuk membantu anda memasuki rancangan JANGAN LUPA LIRIK musim akan datang...heheheh...) dan banyak lagi..

P/S : Jangan tidur pulak nanti nombor anda akan terlepas.

5) Walaupun pihak Pos Malaysia sudah memgambl langkah terbaik untuk memastikan tuntutan anda berjalan lancar, bagaimanapun sekiranya setelah lama ada menunggu dan tiba-tiba petugas kaunter memaparkan papan tanda berikut : “NETWORK PROBLEM”. Jangan panik, duit anda tidak kemana. Kerajaan anda banyak duit. Apa yang anda perlu lakukan adalah teruskan aktiviti no.4 atau anda boleh datang pada lain hari.

6) Walapun kerajaan anda banyak duit, tetapi tunai untuk tuntutan ini tetap ada kawalan untuk tujuan keselamatan. Sekiranya Pejabat Pos Kehabisan TUNAI, anda boleh teruskan tuntutan anda dengan penerimaan Money Order (Kiriman Wang). Oleh yang demikian anda boleh terus gunakan money order ini untuk masukkan dalam akaun bank anda.

7) Jangan panik. Sekiranya nama anda tidak terdapat dalam sistem di Pos Malaysia Berhad sedangkan anda layak maka anda tidak perlu risau. Anda boleh buat tuntutan sehinga Mac 2009. Oleh yang demikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk double check dengan JPJ berkenaan masalah nama anda tiada dalam sistem/ada masalah dan anda boleh buat tututan seperti biasa sekiranya JPJ sudah menyelesaikan masalah anda.

8 ) Yang paling mudah, tak payahlah nak berebut untuk claim pada hari pertama. Kerajaan telah menetapkan bahawa anda boleh tuntut subsidi ini sehingga MAC 2009. Jadi sebenarnya anda ada banyak lagi masa. Malah, kalau tak ada ic asal pun anda sempat buat di JPN terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.

9) Bayaran Tuntutan Melalui Pos.
Sekiranya anda tidak mahu menunggu untuk mendapatkan tunai di pejabat pos, anda boleh isi borang tututan (dikenali juga dengan nama borang MO6) tersebut berserta dengan MAKLUMAT LENGKAP YANG DIPERLUKAN (akan diupdate contoh isi borang disini). Masukkan kedalam peti yang disediakan dan anda akan menerima Kiriman Wang dalam masa 7 hari daripada tarikh anda membuat tuntutan. Sekiranya anda tidak dapat apa-apa dalam jangkamasa tersebut, anda dikehendaki menghubungi pihak Pos Malaysia Berhad.

3 comments:

Anonymous said...

arr® here..,
ramai org la kat pejabat pos..., mls tul nk beratur... aku trus letak dlm kotak "kiriman wang" je... mls nk tgu... huhuhu....

Anonymous said...

arul

kemain kuat mls nk bratur eh..
o0o lpa lak ngehehe..
cba ko wat sawan ke leh ptg que hahaha..pastu kena sepak r hehe..

"jgn lakukan aksi berbahaya ini ok haha"

Anonymous said...

arr® here...
hehehe.. aku masih waras utk wat aksi merbahaya tu... huhuhu...