3belas... ID saturday... UIA....

28/06/08...,






sori geng..!! last minit kitorang plan g id day '13' kat UIA.... actually just nk tgk show id nite je... show start kul 8... tp kami baru plan kul 6 petang..., mane nk cari krete lagi..., mane nk roger kwn2 lg..., last2 kami g 1 krete je... tu pun cam sardin... mane tak nye... suma nye saiz gajah dok dlm kete kelisa AR... hahahah... pd sape2 yg x sempat kami nk roger or nk ajak or nk inform tu..., sori la byk2... mmg x plan pun... kami nekad je g time tu.. jgn la majuk.. sori... sori... sori..




ok now.... nk citer sket keadaan kat sana... emmm... enviroment dia mmg superb... tp mase kami smp tu..., time tu student tgh mkn... sunyi je... cam x de org... tah mane2 bdk2 ni... nasib baik kami ni berlima... kalo g sorang2 mesti cam org giler... coz x knal sape2.. pastu jumpa bob (jr kita), bob tolong bg info serba sket... kami trus jln2 cari pasal (actually nk cari kwn2).. last2 baru jumpa along azraie & RZ.. pastu.., nk d'jadikan citer.., kat area ctu..., line hp susah nk dpt... kitorang dah terpisah... AR dah pun ngan RZ kat area mknan.., Zam dah kat tempat lain..., Abg Long & dainel dah kat lain.., Wan lekuk plak dah kat auditorium.... nasib baik la pastu kitorang berjumpa semula... if not..., ade yg balik jln kaki....

ok... citer pasal show plak... kira2 bleh la.... ramai gak "U" yg amik bahagian... UIA x hantar wakil coz bz jd organizer... uitm perak nyer show x menghampakan (show dr super duper jr... x knal langsung d'org)... yg paling besst dr jr kita..., short movie tentang uitm rangers.. klakar beb..!! ade antu bedak... power rangers.. ishh.. ishh.. tu la akibatnye dok lame sgt kat hutan-banat tu... hahah... uitm shah alam pun oraite gak... along Azraie & milhan yg nari... jd robot... mostly persembahan diorang sume cam robot... yelah ikut konsep kot... "FUTURAMA".... tah la... 'U' & kolej lain yg participate..., emm... USM.., KBU.., IUC TWINTECH, LIMKOKWING, ALFA, PJCAD, MIA, UCSI... DLL... x igt sgt name kolej & 'U' yg amik bhg... heheh.. oh ye... nk bgtau jugak... juri mlm tu..., salah sorang nye..., pelakon jgn ketawa - DEE, pastu ketua pengarah muzium negara (sori x igt nama EN tu)... then sorang lg dr MSID (pun x igt nama PN. tu)

lastly..., show abis dlm kul 1... ade rase best & ade jugak rase x best... best coz dpt jumpa member2 & jr.... yg x bestnye coz cam x d'organize dgn baik je majlis tu... tp tah la... kitorang x lama dok ctu.. hanye pada 1 mlm je... so..., we judge base on what we see... anyway tahniah to organizer... hope thun dpn akan d'organize dgn lebih baik... chiow chin cau....




p/s: tq to BOB (jr) coz bg ar tag participant... if not...mesti x leh msuk makan... hahah

Abg Long's Bufdey...!!

zwani.com myspace graphic comments


Korang...,

Kalo x salah la... 25/06/08 ni bufdey Abg Long kita... Abg Long a.k.a Isa dah pun selamat m'jalani hari yg semakin dewasa.... cewah...!! rase2 nye..., now umur dia dah 5x dah asyik 22 tahun je... heheheh.. anyway bro..., just nk wish..,"HEPI BUFDEY 2 U..!!" and dun' worry bro.. "AGE JUST A NUMBER..!!" hahahah... semoga panjang umur..., murah rezeki.. & cepat kawin...!! so bro..., ko nk lanje kitorang kat ner ni...?? celebrate kat tempat karaoke pun best jugak ni.... heheheh....

p/s: Abg Long nk lanje org yg dia syg je... heheheh...

Kenaikan Harga Minyak ... lihat orang yang lebih susah

Hey 42...!!



x de idea nk citer pe... pastu ternampak plak citer best kat dlm "idzwan YD" nyer blog.. so..., pe lagi... cut & paste la... hehehe... sori YD.., curi citer ko... anyway..., thanx a lot... hehehe.. so korang..., cuba klik pic. atas tu utk penyampaian lebih jelas. Dah hampir 2 minggu sejak kenaikan harga minyak. Harga barang, makanan dan perkhidmatan kebanyakkanya telah pun naik. Dalam kesempitan semua ini kita sebagai rakyat biasa terasa kesanya... bagaimana pula mereka yang lebih susah?? Sudah lah tidak mendapat voucer tunai dari kerajaan, tetapi tetap merasa kesan kenaikkan minyak pada pembelian beras dan lain-lain. Semua ini ujian hidup, mungkin paling besar bagi semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Ada kenalan memberitahu, " Aku rasa, kerajaan ni bagus lah, dier naikkan harga minyak supaya kita berjimat, dier naikkan harga elektrik supaya kita tido awal, dier naikkan harga beras supaya kita berdiet dan kurangkan amik karbohidrat... so kita akan jalani gaya hidup sehat, ko rasa camne??" :)

Bagi yang membaca secara muktakhir berkenaan punca kenaikkan harga minyak, pasti tahu laporan terbaru bahawa, kenaikkan harga minyak bukan berpunca daripada pengeluaran dan permintaan, kerana OPEC memberitahu bekalan minyak adalah mencukupi, tetapi disebabkan oleh spekulasi pasaran. Siapa yang mengawal semua ini dan siapa mewujudkan spekulasi, tambahan pula spekulasi bahawa Israel akan menyerang Iran menyebabkan semua ini bertambah teruk. Semua sedia maklum ketika perang harga minyak pasti naik seperti Perang Teluk dahulu.

Ada diriwayatkan didalam Kitab junjungan kita, Al-Quran bahawa satu hari nanti emas hitam ini ( minyak ) akan dikawal dan disalah guna oleh orang yang tidak sepatutnya. Mungkinkah itu yang sedang berlaku? Kita hanya boleh menafsir, tapi semua sedar bahawa ujian Allah itu datang bukan sahaja dalam bentuk kesusahan malah kesenangan juga merupakan ujian dariNya.

Tips untuk menuntut Rebet Subsidi Petrol

To all 42nd...Just for info....,

Sebagaimana yang telah sedia maklum, dan dijangkakan Sabtu (14/06/08) ramai yang telah mula membuat lawatan ke pejabat pos berdekatan untuk membuat tuntutan Subsidi Petrol.

Walaupun subsidi untuk kereta sehingga 2000cc RM625 setahun (iaitu RM52 sebulan) itu bagi sesetengah orang sebagai KECIL jumlahnya, namun bagi sebilangan besar orang kita, ianya perlu direbut. Kalau tidak, masakan stesen minyak begitu menjadi kegilaan selepas Pak Lah membuat pengumuan keramat tempoh hari. Jika itu menjadi ukuran, rasanya tidak jauh bezanya dengan serbuan orang ramai hari Sabtu ini ke pejabat pos. Anda mungkin masih ingat bagaimana rasanya menunggu sehingga 1 jam hanya untuk mengisi minyak dalam tangki kereta anda.

Sanggupkah anda mengulanginya sekali lagi kali ini???

Oleh yang demikian, bagi mengurangkan tekanan perasaan anda di Pejabat Pos, sedikit tips untuk anda yang bercadang untuk membuat tututan pada Sabtu ini:

1) Periksa cukai jalan anda. Untuk tuntuan bermula pada 14 Jun ini HANYA untuk mereka yang telah mempunyai/memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan berkuatkuasa pada 1 April 2008-31 Mei 2008 sahaja. Sekiranya Lesen Kenderaan Motor (atau cukai jalan ) anda diperbaharui dan berkuatkuasa sebelum 1 APRIL 2008 ATAU selepas 31 Mei 2008, jangan buang masa anda untuk beratur panjang membuat tuntutan sebab petugas kaunter akan kata kepada anda “MAAF NAMA ENCIK TAK ADA DALAM DATABASE”. Pemilik kenderaan dengan cukai jalan berkuatkuasa selain daripada tarikh 1 April 2008-31 Mei 2008 diatas boleh membuat tuntutan bermula 1 JULAI 2008.

2) Bawa Original MyKad / Kad Polis / Kad Tentera anda. Ingat ya bahawa photostat IC dan juga kad pengenalan sementera akan membuatkan anda hanya menerima maklumbalas berikut : “maaf encik, kami tidak dapat memproses tuntutan encik”.

3) Isi Borang cepat/awal dan LENGKAP.
Dijangkakan orang ramai akan berebut mengisi borang. bagi mengelakkan kehabisan borang, maka anda bolehlah ke Pejabat Pos sekarang dan ambil borang M.O 6 terlebih dahulu. Isi dengan LENGKAP sebelum anda ke pejabat pos. Anda boleh juga muat turun borang tersebut disini dan isi macam ini (contoh akan diupdate nanti). Borang ini hanya valid sehingga 30 Jun 2008 dan borang khas untuk tujuan claim subsidi ini akan digunakan bermula 1 Julai 2008.

4) Ambil nombor/beratur dengan penuh tertib. Tunggu giliran anda penuh sabar. Ini mungkin satu aktiviti yang membosankan bagi kebanyakkan orang. Tetapi bagi anda yang kreatif, anda boleh guna masa menunggu ini untuk selesaikan banyak perkara. Anda boleh hafalkan doa-doa harian, berzikir, bermuhasabah diri, mengait baju, baca novel, baca buku yang selama ini anda tak sempat nak baca, bawa suratkhabar dan buat analisis, update blog (bawalah notebook), buat perancangan harian, baca segala poster dan iklan di pejabat pos, mengeratkan hubungan kekeluargaan degan telefon keluarga dikampung, bawa buku nota anda tulis novel, bawa iPod anda dan hafalkan lirik lagu-lagu dari kategori balada, dangdut, nasyid, rock dan etc (ini untuk membantu anda memasuki rancangan JANGAN LUPA LIRIK musim akan datang...heheheh...) dan banyak lagi..

P/S : Jangan tidur pulak nanti nombor anda akan terlepas.

5) Walaupun pihak Pos Malaysia sudah memgambl langkah terbaik untuk memastikan tuntutan anda berjalan lancar, bagaimanapun sekiranya setelah lama ada menunggu dan tiba-tiba petugas kaunter memaparkan papan tanda berikut : “NETWORK PROBLEM”. Jangan panik, duit anda tidak kemana. Kerajaan anda banyak duit. Apa yang anda perlu lakukan adalah teruskan aktiviti no.4 atau anda boleh datang pada lain hari.

6) Walapun kerajaan anda banyak duit, tetapi tunai untuk tuntutan ini tetap ada kawalan untuk tujuan keselamatan. Sekiranya Pejabat Pos Kehabisan TUNAI, anda boleh teruskan tuntutan anda dengan penerimaan Money Order (Kiriman Wang). Oleh yang demikian anda boleh terus gunakan money order ini untuk masukkan dalam akaun bank anda.

7) Jangan panik. Sekiranya nama anda tidak terdapat dalam sistem di Pos Malaysia Berhad sedangkan anda layak maka anda tidak perlu risau. Anda boleh buat tuntutan sehinga Mac 2009. Oleh yang demikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk double check dengan JPJ berkenaan masalah nama anda tiada dalam sistem/ada masalah dan anda boleh buat tututan seperti biasa sekiranya JPJ sudah menyelesaikan masalah anda.

8 ) Yang paling mudah, tak payahlah nak berebut untuk claim pada hari pertama. Kerajaan telah menetapkan bahawa anda boleh tuntut subsidi ini sehingga MAC 2009. Jadi sebenarnya anda ada banyak lagi masa. Malah, kalau tak ada ic asal pun anda sempat buat di JPN terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.

9) Bayaran Tuntutan Melalui Pos.
Sekiranya anda tidak mahu menunggu untuk mendapatkan tunai di pejabat pos, anda boleh isi borang tututan (dikenali juga dengan nama borang MO6) tersebut berserta dengan MAKLUMAT LENGKAP YANG DIPERLUKAN (akan diupdate contoh isi borang disini). Masukkan kedalam peti yang disediakan dan anda akan menerima Kiriman Wang dalam masa 7 hari daripada tarikh anda membuat tuntutan. Sekiranya anda tidak dapat apa-apa dalam jangkamasa tersebut, anda dikehendaki menghubungi pihak Pos Malaysia Berhad.