MERDEKA...!! MERDEKA...!! MERDEKA...!!



korang...,

mungkin story kat bwh ni nampak kasar sket... tp... admin minat plak bace benda ni... lebih2 lg time2 nk sambut merdeka ni.... so.., bace je la... ek.. tq to penulis benda ni... sori...,(just cut & paste your word...) hehehehe....



Oh...!! Merdeka sudah hampir. Pejam mata, sudah 51 tahun negara ini merdeka (daripada jajahan British la kan, korang tahu apa yang aku maksudkan, semestinya). Wah...!! terbit rasa bangga. "Hoi kawan-kawan Singapura, Indonesia dan Thailand! Negara aku sudah Merdeka lima puluh satu tahun… Huuuuyoooo…!"

Dalam pada kita sambut merdeka ini, terfikir tak kita tentang pengorbanan yang telah bertimbun-timbun banyaknya untuk meraih rasa bebas ini. Meraih kelebihan mempunyai negara Raja Berperlembagaan / Demokratik Berpalimen ini? Meraih kebebasan untuk keluar dari rumah setiap hari tanpa rasa ragu ragu dan ikut suka hati? Meraih kebebasan untuk melakukan apa sahaja, selagi tidak melanggar undang-undang dan etika sosial la kan, jangan plak korang berperilakuan sesuka hati seperti binatang tak di ajar…

Aku ingat lagi waktu kecik-kecik sebesar bantal peluk tu, pagi hari Merdeka, mak dah kejut bagun suruh tengok perarakan di televisyen. Kita yang kecik ini, pegang bendera kecik (yg ada gula-gula kat dlm batang transparent dia tu), kibar kibar kiri ke kanan, bila tengok orang berbaris dalam televisyen. Kita bangun bila lagu Negaraku dimainkan. Lagu apa pun la, kira bila choir tu nyanyi, aku dah berdiri tegak dengan adik adik. Tak faham pun, tapi macam perlu. Tengok sampai habis perarakan tu. Yang ditunggu, adalah bila tentera berkawad masuk, dengan segala bagai kenderaan, kereta kebal, dan lintas lalu pesawat terbang. Melompat lompat tak tentu pasal. Itu di depan televisyen, kalau kat tempat perarakan tu, tak tahu la camne. Berguling guling mcm orang gila kot. Lepas habis perarakan, kumpul semua kawan kawan keliling rumah, main kawad-kawad, bawak bendera Malaysia, kibar-kibar kiri kanan… Megah dan bangga…

Tapi itu dulu. Kanak kanak Pra-Astro, Pra-Playstation…

Hari Merdeka sekarang hanya dianggap hari cuti dari kerja kerja pejabat sahaja. Sekarang, budak budak dah malas bangun pagi. Mak bapak dah tak kisah. Pagi, lepas balik dari pasar, si ayah basuh kereta. Sarapan. Lepas tu, terperuk depan TV. Tapi tak kejut anak-anak. Tak terap sifat maruah negara ni kat anak-anak. Sebaba tu banyak muda-mudi sekarang tak hormat bangsa dan negara. Sebab tu lahir generasi !@%&@!$%#mencarut!@%&@!$%# ni. Lahirlah generasi yang tak faham bahasa, yang berpelajaran tetapi bodoh baghal ni…

Mak ayah pun tak pernah tunjuk semangat cintakan negara. Pergi bercuti ke Eropah boleh, beli jersi team omputeh FC boleh, tapi bendera kecik harga RM8 tak boleh beli, pasang kat rumah, pasang kat kereta. Kereta mahal kot. Merz, BMWs’, takleh lekat lekat, cat mahal. Rosak nanti. Rosak cat siut!!!

Ini satu lagi, Bulan Mengibar Jalur Gemilang. Kenapa nak kena ada BULAN pulak? Tak boleh kibar sepanjang tahun ke? Orang Amerika yang kita kutuk2 tu pun, rakyat dia, kibar bendera pagi pagi, bila malam, lipat masuk rumah bendera tu. Pagi esok, bangun, kibarkan pulak. Pergh....!! Takde ke rakyat Malaysia yang macam tu? (Kecuali anggota pakaian seragam kita la, mcm polis, bomba dan tentera, mereka wajib buat benda ni…)…

TEMADE!!! (pinjam carutan Batallion Serdang)

Sebab tu la sekarang, ada lagi rakyat Malaysia tak tahu macam mana lagu Negaraku, tetapi agungkan lagu NegaraKUKU. Ada juga yang tak tahu pun Rukun Negara. Nak lafaz satu-satu pun tak boleh. Pergh, lagi gile. Ini RUKUN NEGARA…

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan Dan Kesusilaan


Yang mana ada anak-anak kecil, terapkan pada anak-anak sekalian,
Apa itu Malaysia.
Apa itu Merdeka.
Apa itu Bangsa dan Negara.

Jangan ajar anak jadik RACIST.

42nd Controversy Blue Text-Zine

korang...!!!

Zam dah siap susun stategy nk siapkan megazine ni.... aku x tau nk cite panjang2... korang msuk je kat blog zam ni....
http://eintwoseven.blogspot.com/2008/08/42nd-controversy-blue-text-zine.html
kos utk wat benda ni..., zam ckp dlm $50 sorang.... hehehe... kalo korang x puas ati pasal sume benda ni..., bleh komen kat page ni..., tp jgn lupa letak nama & jaga perkataan... if not..., jgn harap la aku nk biarkan komen tu lame2.... ok la... pepehal..., biar zam je yg citer.... Over to you zam....!! citer la sket.....

p/s: jom la kita sokong zam tu... sian dia sorang2 ni... hehehehe......

HAPPY BIRTHDAY RZ.....!!!

korang...,

zwani.com myspace graphic comments


hari ni kan (3/08/08)..., birthday RZ... so..., cam biase..., just wanna wish... "HAPPY BIRTHDAY RZ..." moga panjang umur..., murah rezeki... dan cepat kaya.... kali ni celebrate birthday ngan sape plak...?? hehehe.. (x leh nk agak ko ajak yg mane satu)... so..., bila plak nk lanje kami semua ni....??? heheheheh.... HAPPY BIRTHDAY ONCE AGAIN.... muahhhhhh...... muahhhhhhhh..... chiow chin chau.......